Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011 , genap setahun Ur One Stop Laundry beroperasi, alhamdullilah berkat rahmatNya dan sokongan dari pelanggan , Ur One Stop Laundry telah berjaya mengharungi tahun pertamanya. Dan tidak lupa kepada staf-staf Ur One Stop Laundry yang masih bersama atau yang telah meninggalkan syarikat, jasa-jasa anda tidak akan dilupakan.
Insyallah syarikat yang dimulakan dengan skil kecil , kini telah menapak selangkah lagi , kami telah menubuhkan satu lagi department iaitu bahagian cucian kawasan yang telah mula menampakkan kejayaan. 2011 ialah tahun yang penuh pengharapan, semoga bersama kita akan mengecap kejayaan.
Kepada para pelanggan yang setia , jutaan terima kasih kami ucapkan, Kak Mas, En. Mahfuz, Puan Wan, Puan Hasni, Puan Azizah, En Hafiz, Puan Jisma, Peah, Aidil, Kak Ayu, Puan Suzi, Kak Kauthar dan ramai lagi yang tetap bersama kami sebagai pelanggan setia.. terima kasih .... :)
No comments:
Post a Comment